Saturday, January 21, 2012

Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Majlis diadakan di Dewan Mutiara Sekolah Menengah Sungai Pusu Batu 7 Gombak dan disampaikan oleh Datuk Said Anuar Said Ahmad Penyelaras DUN Gombak Setia pada 21 Januari 2012.

Thursday, January 19, 2012

Mesyuarat Jentera Pilihanraya

Semua Jawatankuasa Jentera Pilihanraya Pusat Daerah Mengundi Gombak Setia dijemput hadir ke Mesyuarat yang akan di adakan seperti berikut;

Tarikh   :  27 Januari 2012 (Jumaat)
Masa     :  9.00 malam
Tempat :  Bilik Gerakan PDM Gombak Setia

Adalah diharapkan semua dapat menghadirkan diri.

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

Drp. Fauziah Aziz
Setiausaha PDM Gombak Setia.

Surat Kepada Perdana Menteri

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
CAWANGAN GOMBAK SETIA
BAHAGIAN GOMBAK


DARIPADA   :         UMNO CAWANGAN GOMBAK SETIA DAN PEMILIK TANAH
GOMBAK SETIA, SELANGOR DARUL EHSAN
92 JALAN DEWAN, GOMBAK SETIA
53100 SELANGOR D.E

KEPADA       :         DATO’ SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR

PERKARA    :         MEMOHON MENUKAR STATUS TANAH GOMBAK SETIA
                               DARI PAJAKAN MUKIM KEPADA HAKMILIK KEKAL

Mukadimah
Gombak Setia merupakan sebuah penempatan tanah rezeb melayu yang berstatuskan Pajakan Mukim 60 tahun yang telah di buka oleh pihak Pembangunan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 dengan mengambil alih kawasan ladang getah yang di punyai oleh Mount Estate. Penduduknya adalah penduduk yang dipindahkan dari kawasan setinggan sekitar Kuala Lumpur terutamanya sekitar Kampung Baru. Mula berpindah pada 1952 dan mempunyai lebih kurang 250 lot rumah dan kedai.

Kini Gombak Setia sudah 60 tahun dan tempoh pajakan sudah tamat dan kami di kehendaki menyerahkan balik tanah ini kepada Kerajaan Negeri Selangor dan memohon balik jika hendak menyambung lagi pajakan selama 99 tahun dengan dikenakan bayaran premium sebanyak RM 2.50 skp.

60 tahun kami pemilik tanah Gombak Setia memajak tanah dengan Kerajaan Negeri Selangor dan kami sebagai Orang Melayu dan tinggal di bumi Tanah Melayu ini merasakan kami hanya menumpang di negara sendiri. Inilah isu yang dibangkitkan oleh penduduk Gombak Setia setiap tahun di mesyuarat-mesyuarat Umno dan Persatuan Penduduk yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor mahu pun Kerajaan Barisan Nasional sehinggalah Selangor jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kami amat berharap Dato’ Seri dapat merialisasikan harapan kami untuk mendapatkan status tanah hakmilik kekal ini dan kami akan merasa yang kami dihargai sebagai warganegara Malaysia kerana mempunyai tanah sendiri di negara yang tercinta ini.

Latar belakang
Tanah di Gombak Setia adalah Tanah Rezeb Melayu berstatus Pajakan Mukim 60 tahun. Pemilik tanah mula memohon kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menukar status tanah kepada hakmilik kekal pada tahun 1984 lagi oleh kerana tempoh pajakan tinggal 30 tahun. Pemilik tanah menghadapi kesukaran untuk membangunkan tanah mereka kerana pihak bank tidak mahu menerima tanah Gombak Setia sebagai cagaran yang tempoh pajakan kurang dari 30 tahun.

Pada pilihanraya ke-9 tahun 1995, Menteri Besar Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib telah datang ke Gombak Setia dan Umno Cawangan Gombak Setia telah megunjurkan masalah ini dan beliau telah berjanji di hadapan khalayak orang ramai  yang beliau akan memberi hakmilik kekal kepada penduduk Gombak Setia sekiranya Barisan Nasional menang pilihan raya, tetapi janji hanya tinggal janji sahaja dan menteri besar telah bertukar kepada Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir bin Toyo.

Susulan dengan itu, Umno Cawangan Gombak Setia telah membentuk satu Jawatankuasa Bertindak bagi memohon hak milik kekal, tetapi Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir bin Toyo hanya meluluskan untuk lanjutan tempoh pajakan kepada 99 tahun dengan bayaran premium RM 2.50 skp. bukannya seperti yang di pohon iaitu hakmilik kekal. Penduduk Gombak Setia merasa amat kecewa kerana masalah yang sama akan berulang kembali iaitu pemilik kena membayar premium lagi apabila tempoh pajakan hampir tamat nanti.

Pada 24 Jun 2001 atas desakan pemilik tanah, Jawatankuasa Bertindak tanah telah membuat satu Memorandum yang di tandatangani oleh penduduk dan menyerahkan kepada Tan Sri Zaleha Ismail, Ahli Perlimen Gombak untuk merayu kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya memberi hakmilik kekal dan pengurangan premium kepada RM1.00 skp. Tetapi telah di tolak oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pada tahun 2008 Pakatan Rakyat telah mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor dan pada 10 Februari 2011, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah datang ke Gombak Setia bersama-sama Ahli Parlimen YB Azmin Ali dan Ahli Dun YB Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mengambil kesempatan untuk meraih sokongan warga Gombak Setia dengan meminda kadar premium di atas kelulusan pemberimilikan tanah kerajaan di Gombak Setia yang diluluskan oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir bin Toyo pada tahun 2000 yang lalu dari RM2.50skp. kepada RM1.00skp.

Pemilik tanah yang telah membayar RM 2.50 skp., Kerajaan Negeri akan memulangkan balik baki RM1.50 kepada pemilik. Pemilik tanah yang tidak mampu membayar premium, Kerajaan Negeri akan aturkan dengan Majlis Agama Islam Selangor untuk menggunakan wang zakat . Tan Sri Khalid dengan bangganya melaungkan ini lah Pakatan Rakyat negeri berkebajikan. Warga Gombak Setia bersorak gembira.

Ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada kami ahli Umno Cawangan Gombak Setia dan kami telah bermesyuarat dan keputusannya tidak ada jalan lain untuk dapat memenangi hati warga Gombak Setia kembali melainkan Dato’ Seri meluluskan pemberian hakmilik kekal.

Cadangan
Dari itu kami Umno Cawangan Gombak Setia mencadangkan kepada Dato’ Seri bahawa semasa Pilihanraya Umum yang ke-13 nanti, Dato’ Seri dapat memberi mandat kepada sesiapa juga yang akan menjadi wakil rakyat DUN Gombak Setia agar dapat memberi jaminan bahawa jika Negeri Selangor dan Dun Gombak Setia dapat di tawan oleh Kerajaan Barisan Nasional, maka pemilik tanah di Gombak Setia akan diberi hakmilik kekal dengan kadar premium RM 1.00skp.

Saya sebagai Ketua Umno Cawangan Gombak Setia dan juga Ketua Pusat Daerah Mengundi Gombak Setia dan seluruh ahli Umno akan merasa amat berbangga dan berbesar hati jika Dato’ Seri dapat membuat pengumuman atau memberi jaminan  bahawa hakmilik kekal akan diberi jika Barisan Nasional dapat tawan Negeri Selangor. Bermakna Dato’ Seri telah mendengar dan menghargai usaha kami sebagai ahli Umno dan akar umbi. Dapatlah saya dan rakan-rakan seperjuangan berkempen habis-habisan dengan berbekalkan jaminan dari Dato’ Seri untuk memenangkan Dun Gombak Setia dan Negeri Selangor kembali.

Sekian, terima kasih.

Yang berkhidmat,



HJ. ROSLAN BIN MASHUD
Ketua UMNO Cawangan Gombak Setia Merangkap
Ketua Pusat Daerah Mengundi Gombak Setia.




 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT
92 Jalan Dewan, Gombak Setia, 53100 Selangor.
No. Tel: 019 2106839

Monday, January 16, 2012

Majlis Anugerah Cemerlang PMR / UPSR

Majlis Anugerah Cemerlang kepada murid yang mendapat 5 A UPSR dan 7A keatas PMR peringkat DUN Gombak Setia akan diadakan seperti berikut;

Tarikh   :  29.01.12 (Ahad)
Masa     :  3.00 petang
Tempat  :  Dewan PKGS
                 Jalan Dewan
                 Gombak Setia

Majlis akan di rasmikan oleh YB Idris Bakar Setiausaha BN Negeri Selangor.
Majlis dianjurkan oleh Datuk Said Anuar Said Ahmad Penyelaras DUN Gombak Setia.

Sekian, harap maklum.

Drp. Hj. Roslan Mashud
Ketua PDM Gombak Setia.

Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat (BR1M)

Majlis pelancaran penyerahan  Bantuan Rakyat 1 Malaysia  kepada 500 penerima pertama yang mendapat surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri akan diadakan seperti berikut;

Tarikh   :  21.01.2012 (Sabtu)
Masa     :  9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan
                 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat  :  Dewan Seberguna,
                 Sekolah Menengah Sungai Pusu,
                 Batu 7 Gombak.

Kepada yang belum menerima surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri diminta bersabar kerana jika layak, Insyallah akan menerimanya tidak lama lagi dan penyerahan akan dibuat di Pusat Daerah Mengundi Gombak Setia.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Drp. Hj. Roslan Mashud
Ketua PDM Gombak Setia.

Sunday, January 15, 2012

Mesyuarat Jentera PDM Gombak Setia

Semua Jawatankuasa Jentera Pilihanraya Pusat Daerah Mengundi Gombak Setia dijemput hadir ke Mesyuarat yang akan di adakan seperti berikut;

Tarikh   :  18 Januari 2012 (Rabu)
Masa     :  9.00 malam
Tempat :  Bilik Gerakan PDM Gombak Setia

Adalah diharapkan semua dapat menghadirkan diri.

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

Drp. Fauziah Aziz
Setiausaha PDM Gombak Setia.