Tuesday, November 23, 2010

Gotong Royong Masak Daging Korban






Gotong Royong masak daging korban diadakan di rumah Ketua Wanita Hajjah Rosnah Maham Sharip. Daging di masak kicap, perut tembusu di masak lemak campur nangka dan dimakan ramai-ramai selepas membaca Surah Yassin malam Jumaat 18 hb. Nov. 2010 di Madrasah Al-Hilaliah Gombak Setia.

Ibadah Korban





Ibadah Korban telah diadakan di Dewan PKGS pada 17 hb. Nov. 2010 bersamaan 10 Zulhijah 1431H. Sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan pada hari tersebut. Lembu di sembelih oleh Tuan Haji Roslan Dan Tuan Haji Anwar . Daging-daging korban kemudiannya di agih-agihkan kepada peserta korban, fakir miskin, petugas dan orang ramai di sekitar kariah Gombak Setia.